Malaysia senarai pendek tiga calon LCA bagi TUDM – Financial Express

0
187
Pesawat FA-50 keluaran Korea Selatan

CYBERJAYA – Sebuah portal kewangan berpangkalan di India melaporkan bahawa Malaysia telah menyenarai pendek tiga buah pesawat pejuang ringan (LCA) bagi memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Laporan Financial Express itu menyebut, tiga pesawat yang disenarai pendek itu adalah FA-50 keluaran Korea Selatan, Tejas dari India, dan JF-17 yang dihasilkan secara usahasama di antara China dan Pakistan.

Pesawat Tejas buatan India.

Perolehan sebanyak 36 buah pesawat LCA itu adalah bagi menggantikan pesawat Hawk 108 dan 208, serta Aermacchi MB-339CM.

Dijangkakan, ia akan dilakukan dalam dua peringkat iaitu 18 buah di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (tahun 2021-2025) dan selebihnya pada RMK-13 (tahun 2026-2030).

Pesawat JF-17 yang dibangunkan secara usahasama di antara China dan Pakistan.

“Pada ketika ini, Malaysia sedang mengkaji Request For Proposal (RFP) yang dikemukakan oleh India kepada negara itu pada awal tahun ini tentang tawaran supaya ia memperolehi pesawat-pesawat pejuang ringan itu,” kata satu sumber industri kepada portal berkenaan.

Sumber yang sama turut memaklumkan, mereka menjangkakan Malaysia akan membuat keputusan dalam masa beberapa bulan lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here