Malaysia, Singapura buka pintu sempadan tanpa perlu kuarantin

0
29
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) mulai 29 November ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelancaran VTL-Land itu dapat menghubungkan semula ekonomi antara Malaysia dan Singapura serta memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Selain itu, keluarga yang telah lama terpisah berikutan sekatan sempadan akibat pandemik Covid-19 dapat dijalinkan semula,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Pengembara yang dibenarkan mengambil bahagian dalam VTL-Land adalah
warganegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia dan Singapura.

Selain itu, pengembara juga wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Untuk maklumat lanjut mengenai VTL-Land, layari laman web www.miti.gov.my dan safetravel.ica.gov.sg.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here