MARA terima 74,472 permohonan pelajar ke MRSM

0
26
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid Majlis menyerahkan Bmbuku dan topi keledar sumbangan Yayasan Perintis Malaysia di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap di sini.

PADANG TERAP – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat untuk tahun hadapan mulai 3 Disember ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ujian pada tarikh 3 Disember ialah bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Katanya, bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember ini.

“MARA menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke Tingkatan Satu dan 17,350 permohonan ke Tingkatan Empat bagi tahun 2022.

“Mereka ini akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Buku dan Topi Keledar Sumbangan Yayasan Perintis Malaysia di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap di sini.

Dalam pada itu, katanya, semakan tarikh, masa dan tempat ujian itu boleh disemak secara dalam talian bermula hari ini pada jam 10 pagi melalui Portal Rasmi MARA.

Katanya, pemohon akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

“Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan.

“Kesemua calon yang terlibat akan menduduki ujian khas ini di 61 buah pusat ujian terpilih yang melibatkan 53 buah MRSM di seluruh negara, selain di lapan buah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang lain di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

“Saya mohon semua calon bersedia dan membuat persiapan yang lengkap menjelang hari peperiksaan dan mendoakan ujian ini berjalan dengan lancar,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here