McDonald’s bayar zakat RM2 juta tahun ini

0
59
Azmir Jaafar

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia baru-baru ini membuat bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2 juta untuk tahun 2021.

Jumlah tersebut merupakan yang terbesar sejak gergasi fastfood itu mula membayar zakat perniagaan lima tahun lalu selepas pengambil alihan oleh Lionhorn Pte. Ltd., anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Majlis penyerahan zakat diadakan di McDonald’s Putrajaya Presint 2 di sini yang disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary.

Penyerahan wang zakat kepada wakil 14 agensi pungutan zakat dilakukan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Ahmad Marzuk berkata, sumbangan zakat amat penting dalam ekonomi khususnya untuk menampung sokongan kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Zakat yang dibayar McDonald’s Malaysia dapat membantu agensi pungutan zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, menyumbang kembali kepada masyarakat adalah nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat.

“Inisiatif ini menjadi komitmen syarikat kami sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan. Sumbangan kami pada hari ini diharap dapat membantu komuniti yang amat memerlukannya,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here