Mekanik maut dihempap kereta dibaiki

0
144

BAYAN LEPAS – Seorang mekanik berusia 31 tahun maut apabila dihempap kereta dibaikinya dalam kejadian di Kampung Bukit di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, mangsa dilaporkan maut di sebuah rumah yang dijadikan bengkel akibat kecederaan pada badan dan kepala.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.54 malam.

Menurut bomba, mangsa yang tersepit di bawah sebuah kereta Proton Wira yang dibaiki itu berjaya dikeluarkan pada pukul 1.02 pagi.

“Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here