Melaka akan diberikan keutamaan bagi perkhidmatan 5G

0
59
Tan Sri Annuar Musa ketika melawat pusat media BArisan Nasional (BN) di Melaka hari ini

MELAKA- Bersesuaian dengan status negeri pelancong, Melaka akan diberi keutamaan bagi perkhidmatan 5G, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sebelum perkhidmatan 5G dilancarkan, Melaka terlebih dahulu akan diperkasakan dan dilengkapkan dengan perkhidmatan 4G.

Beliau berkata, langkah memperkasakan perkhidmatan 4G itu lakukan menerusi program ‘Titik Kehadiran (PoP) Gentian Optik’ yang diberi keutamaan tinggi.

“Dari segi melengkapkan 4G di Melaka, program PoP Gentian Optik mesti diberi keutamaan tinggi dan pada masa ini di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) seluruh Melaka kena tambah 35 lagi menara.

“Sekiranya ada di kawasan tertentu yang memerlukan menara tambahan, saya akan berikan keutamaan kerana Melaka adalah negeri pelancongan, negeri yang banyak pelabur luar yang melabur di kilang dan perusahaan.

“Melaka juga ada kemudahan prasarana termasuk pelabuhan dan lapangan terbang, ini bermakna Melaka memerlukan 5G,” katanya di sini hari ini.

Annuar berkata, bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, PoP Gentian Optik bagi sekolah dan industri serta lima kilometer di sekitarnya diharap dapat dipercepatkan pelaksanaan penukaran daripada sistem ‘copper’ kepada sistem gentian optik.

Bagi meningkatkan perkhidmatan capaian internet di Melaka ketika ini, beliau yang mengadakan lawatan secara rawak di beberapa tempat, sebelum ini meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (telco) memasang ‘booster’ di banyak lokasi susulan penggunaan semasa yang tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here