Merdeka 118 manfaatkan Keluarga Malaysia

0
26
Perdana Menteri menandatangani plak perasmian pada majlis pemasangan puncak Menara 118, hari ini. facebook/Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Pembinaan Merdeka 118 memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, projek itu akan menjadi pelengkap kepada kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun seperti KLCC dan KL Sentral.

“Pembangunan Merdeka 118 juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Petaling Street, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi.

Perdana Menteri memasang replika puncak Menara Merdeka 118 pada majlis, hari ini. facebook/Fadillah Yusof

“Malah, Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan, mereka juga dapat mengadakan program atau aktiviti untuk menambahkan daya tarikan di kawasan sekitar Merdeka 118 menerusi Program Geran Komuniti Merdeka 118,” kata Ismail Sabri ketika merasmikan majlis pemasangan puncak menara Merdeka 118, di sini hari ini.

Beliau menambah, permohonan Geran Merdeka 118 telahpun dibuka pada 28 Jun sehingga 20 Ogos lalu di mana Keluarga Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan tiga jenis geran iaitu Sukan, Seni dan Komuniti Perniagaan.

“Langkah ini secara langsung dapat menggalakkan penglibatan Keluarga Malaysia dalam perkongsian idea untuk mengaktifkan semula komuniti, membina lebih banyak peluang untuk pertumbuhan sosio-ekonomi,” katanya lagi.

Perdana Menteri kemudainnya menambah, Merdeka 118 sudah bersedia menjadi sebahagian daripada pembaharuan Kuala Lumpur dengan sejarah, rekreasi, sukan dan hiburan yang akan diaktifkan semula di ibu kota Malaysia.

“Saya teruja menantikan kesan positif serta nilai yang akan dibawa oleh mercu tanda baru ini kepada kawasan bersejarah Kuala Lumpur ini.

“Ia sememangnya satu pencapaian yang signifikan bagi Malaysia dan mencerminkan kejayaan serta kemajuan yang bakal kita capai sebagai sebuah negara selain simbol sebagai simbol rakyat Malaysia yang bersatu-padu,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here