Minuman tea boba popular, Tea Amo kini di Greenwood

0
41
Persiapan akhir wagon Tea Amo di Greenwood, Gombak melalui program pembangunan usahawan yang disediakan oleh Malakat Eco.

CYBERJAYA – Jenama minuman popular, Tea Amo milik Kumpulan Malakat Eco terus melebarkan sayap perniagaannya melalui pembukaan cawangan terbaharunya di Shell Taman Greenwood, Gombak dekat sini.

Pra pembukaan outlet ke 10 ini akan diadakan esok 1 Disember manakala pembukaan rasmi adalah pada Jumaat 3 Disember ini.

Sempena pembukaan ini, orang ramai dijemput untuk menikmati keenakan ‘Taufa Paling Nikmat Di Dunia’ yang ditawarkan secara percuma kepada orang ramai.

“Sempena pembukaan outlet terbaharu Tea Amo di Greenwood, kami menyediakan 50 set taufa percuma kepada pelanggan. Seperti pembukaan outlet-outlet sebelum ini,” katanya Tea Amo dalam kenyataan di Facebook Malakat Mall semalam.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall
Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Jenama itu menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango Strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea dan Rose Milk Taufa Brown Sugar.

Oulet Tea Amo sedia ada termasuk di Malakat Mall, Cyberjaya; Malakat Mall, Masjid Tanah, Aeon Big Shah Alam, Aeon Big Ampang dan Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here