MYSA bangunkan satelit baharu negara

0
35
Datuk Seri Dr. Adham Baba

CYBERJAYA – Malaysia akan membangunkan satelit baharu bagi menggantikan RazakSAT dan MEASAT yang sudah tamat tempoh hayatnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pembangunan ini adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak asing dalam mengumpul data berkaitan negara.

RazakSAT

“Buat masa ini, kita terpaksa membayar sewa bagi mendapatkan data kerana satelit itu dimiliki pihak asing,” kata Dr. Adham dalam program Malaysia Petang Ini: Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari terbitan Bernama TV, semalam.

Beliau menambah, pembangunan satelit baharu itu sudah diusulkan oleh Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA).

MYSA diwujudkan pada tahun 2019 setelah kerajaan menggabungkan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dengan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (ANGKASA).

“Kita perlukan satelit yang berupaya mencerap dan mengumpulkan data penting yang boleh kita gunakan dalam merancang tindakan.

“Sebagai contoh, pengurusan bencana seperti kes banjir, tumpahan bahan toksik turut mengaplikasikan penggunaan satelit.

“Jadi, adalah tugas MYSA untuk membantu agensi dalam menentukan kaedah dan pengurusan sesuatu perkara,” kata Dr. Adham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here