Myvi baharu: Tempahan kini mula dibuka

0
578
Myvi generasi ketiga didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik.

CYBERJAYA- Orang ramai kini boleh membuat tempahan Myvi generasi ketiga selepas model Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerima penambahbaikan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, model baharu itu diberikan penambahbaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Myvi baharu itu didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik dan varian ini termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.

“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan standard terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal Abidin, pihaknya juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini.

Julat harga bagi Myvi Baharu ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here