Nahas Hawk: Juruterbang masih dirawat di Hospital Seberang Jaya

0
31

CYBERJAYA – Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd. Fareez Omar yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, pada 16 Nov lepas, dilaporkan stabil.

Menurut Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jen. Tan Sri Affendi Buang, Mohd. Fareez yang masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan dari semasa ke semasa berikutan kecederaan teruk pada tulang belakangnya.

“(Ketika ini), jawatankuasa khas masih menjalankan siasatan terhadap kemalangan melibatkan pesawat itu sebelum mengambil tindakan susulan. Semua perkara itu memerlukan masa untuk penelitian menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kesihatan Mohd Fareez selepas menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi MyVeteranMall di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 10.07 malam itu, seorang lagi juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut.

Nahas itu berlaku selepas pesawat dinaiki mereka terhempas ketika sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here