Nahas Hawk: Mejar Mohd Fareez mula sedar selepas jalani pembedahan

0
33
Mejar Mohd Fareez Omar

KUALA LUMPUR – Juruterbang pesawat Hawk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera di dalam insiden kemalangan pesawat itu kelmarin selama menjalani pembedahan tanpa komplikasi di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut TUDM dalam satu kenyataan, Mohd Fareez yang menjalani pembedahan itu kelmarin telah sedar serta dalam keadaan yang stabil.

“Beliau kini di dalam pemantauan pegawai perubatan dan memerlukan rawatan susulan.

“Bagi rancangan rawatan beliau selanjutnya, pihak TUDM akan terus memastikan urusan rawatan perubatan diuruskan dengan sebaik-baiknya.

“Urusan kebajikan isteri beliau, Siti Hajar Abdullah serta dua anak yang masing-masing berusia tiga tahun dan lima bulan dikoordinasi oleh Pangkalan Udara Butterworth,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden kemalangan pesawat Hawk 108 terbabit.

Katanya TUDM juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berita yang tidak sahih kebenarannya serta turut sama mendoakan kesembuhan kepada Mohd Fareez.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here