Nahas Hawk: Seorang juruterbang terbunuh

0
158
Allahyarham Kapten Mohammad Affendy Bustamy

BUTTERWORTH – Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan salah seorang juruterbang yang terlibat dalam kejadian kemalangan pesawat Hawk malam tadi, terbunuh.

Juruterbang yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy.

Seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd. Fareez Omar terselamat dan kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

“Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan,” kata kenyataan itu.

Ketika kejadian, pesawat Hawk itu difahamkan sedang menjalani latihan penerbangan malam.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here