Nahas TUDM: PM ucap takziah, Anwar desak langkah proaktif

0
57
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustam yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 malam tadi.

Ucapan dizahirkan menerusi ciapan di laman rasmi Twitter miliknya turut mendoakan agar roh Kapten Mohamad Affendi dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan beriman.

“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” katanya.

Dalam nahas malam tadi, seorang juruterbang TUDM terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Pertahanan mengambil iktibar dan langkah proaktif supaya kemalangan yang menimpa prajurit itu tidak berulang.

“Kita bukan sahaja telah kehilangan seorang perajurit malah kehilangan seorang kepala keluarga. Didoakan semoga arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy diterima di sisiNya.

“Semoga keluarga Allayarham diberikan kesabaran yang tinggi atas kepergian tulang belakang keluarga dan saya turut mendoakan seorang lagi perajurit yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar diberi kesembuhan seperti sediakala,” katanya melalui Twitternya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here