Najib tinggal pesan buat calon DUN Duyong

0
37
Datuk Seri Najib Tun Razak berbisik sesuatu kepada calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Helam.

MELAKA – Apa pun berlaku teruskan membantu masyarakat tidak kira agama dan bangsa serta jangan putus asa dan mengalah.

Itu pesan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Helam.

Mohd Noor Helmy berkongsi pesanan Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu menerusi hantaran di laman Facebooknya malam tadi.

“Bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) pesan dekat Mat tadi masa makan malam kat Kedai Atok, Kg Bkit Godek, Semabok Dalam. Bossku cakap, waimah apa pun berlaku teruskan membantu masyarakat tidak kira agama dan bangsa serta jangan putus asa dan mengalah,” katanya.

Antara aspek utama yang menjadi fokus Mohd Noor Helmy adalah menangani isu banjir di kawasan tersebut melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)

Sementara itu Mohd Noor Helmu yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka juga mengimpikan untuk menjadikan DUN Duyung menjadi syurga penjaja dengan menaiktaraf kawasan ini menjadi ekonomi bandaraya.

“Daripada awal lagi saya menjadi ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apa yang saya lakukan adalah ingin membandarayakan golongan penjaja.

“Menjadikan mereka ini bukan lagi diperkatakan berada dalam kategori kelas rendah lagi tapi menjadikan penjaja ini boleh menyara kehidupan mereka dengan selesa. Malah membantu mereka ini boleh mengambangkan perniagaan menjadi taraf industrI.

“Saya yakin dan percaya perkara ini boleh dilaksanakan sekiranya direncanakan dengan teratur dan tidak mustahil menjadi modul kepada ekonomi negeri Melaka ini sendiri,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here