Nak bubar DUN bukan sekadar tekan butang-Shahrir

0
32
Tan Sri Shahrir Samad

MELAKA- Hendak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan semudah dengan hanya menekan butang sahaja, kata Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, pembubaran DUN ada prosesnya kerana Malaysia dan setiap negeri ada perlembagaan masing-masing yang perlu diikuti.

Tambahan pula katanya, Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Pemerintah dan ketua-ketua negeri juga ada peranan dan tanggungjawab berperlembagaan.

”Tak semudah dengan ‘tekan butang’ sahaja,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini

Veteran UMNO itu mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, jika beliau ‘tekan semua butang’, Kerajaan Negeri Johor akan jatuh.

Kenyataan itu dibuat oleh Muhyiddin selepas beliau dicabar oleh Shahrir untuk menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Dalam kenyataan terbaharu itu, Shahrir turut menjawab kenyataan Muhyiddin berhubung persoalan ‘saya jatuh, UMNO tidak sokong’.

Itu pun katanya, ada kaitannya dengan konsep asas kepada amalan demokrasi negara iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

”Itu, kalau kita masih boleh ingat,” ujar Shahrir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here