Nilai kebolehjangkitan tertinggi di Putrajaya

0
10

CYBERJAYA – Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi Covid-19 dengan nilai R-Naught (Ro/Rt) 1.16 melebihi nilai 1.0 semalam.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitternya, di sini.

Menurut beliau, pecahan mengikut negeri mendapati Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 iaitu 1.16.

“Lima lagi negeri dengan catatan RT melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).

“Manakala, negeri-negeri lain melaporkan RT di bawah 1.0 iaitu Sabah (0.98), Kedah (0.98), Johor (0.93), Melaka (0.94), Perlis (0.94), Pulau Pinang (0.91), Terengganu (0.90), Perak (0.88), Sarawak (0.87) dan Labuan (25 kes).

Nilai R digunakan untuk meramal berapa orang yang mungkin akan mendapat jangkitan daripada satu kes positif dengan bacaan semakin tinggi nilai semakin ramai yang berisiko mendapat jangkitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here