Norhizam sahkan akan pertahan DUN Pengkalan Batu, bertanding tiket bebas

0
87
Datuk Norhizam Hassan Baktee

PENGKALAN BATU – Datuk Norhizam Hassan Baktee mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atas tiket bebas.

Norhizam berkata, logo yang akan digunakan pada pilihan raya itu nanti diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas selesai menghantar borang penamaan calon esok.

“Saya ingin beritahu saya tidak hilang dari radar dan parti ini hanya satu logo dan simbol sahaja kerana kalau kita tabur (khidmat) pada rakyat, InsyaAllah kita akan menang dan saya yakin instinct (firasat) saya juga mengatakan 80 peratus saya akan menang.

“Saya bukan cakap kosong, saya ada KPI selama lebih tiga tahun turun padang menyantuni rakyat. Untuk (menang) dia (pemimpin) kena berjiwa rakyat, macam mana kita nak bantu rakyat kalau tidak berjiwa rakyat.

“Setiap kali saya turun (kawasan) ada makcik sampai menangis, sebelum ni tidak ada wakil rakyat pun turun menyantuni beliau tanya soal sakit, lampin pakai buang atau kebajikan, tidak ada datang, tetapi di bawah saya sebagai calon Bebas, banyak masalah diselesaikan. Saya tidak ada IR, tetapi saya ada JR (jiwa rakyat),” katanya ketika ditemui di Taman Lagenda hari ini.

Mengulas saingan calon di DUN Pengkalan Batu, Norhizam berkata, itu tidak menjadi cabaran buatnya memandangkan beliau lebih awal memulakan gerak kerja di kawasan itu.

“Danish (calon PH) bukan anak tempatan, dia ibarat ‘parachute’ dan saya tidak kenal dia. Datuk Khalsum (calon Barisan Nasional) pula dari segi gerak kerja saya dah gerak laju dari dia kurang-kurang nak jadi calon kena Berkhidmat dua tahun.

“Kalau dia pun tak turun padang menunjukkan minat, itu biar rakyat nilai lah. Rakyat bukan pilih lagi parti, tetapi siapa pemimpin yang akan berkhidmat,” katanya.

Selain itu, mengulas soal hubungan bersama dua lagi rakan iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang telah diumumkan sebagai calon PH, ujarnya hubungan mereka baik dan tidak berasakan dirinya teraniaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here