Noriba jalin kerjasama dengan Brainy Bunch tawar pinjaman pendidikan

0
143
Sekitar di dalam kelas pada hari pertama di sekolah antarabangsa Brainy Bunch Montessori.

CYBERJAYA – Noriba IO Asia Berhad bekerjasama dengan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch untuk menawarkan pinjaman pendidikan sehingga RM50,000.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syaraff Al Sadat berkata, kerjasama itu melibatkan dua tawaran menarik iaitu BB Discounted Fees dan BB Parents Ambassador Program.

Syaraff Al Sadat

Syaraff berkata, untuk BB Discounted Fees pihaknya menawarkan diskauan sehingga RM50,000 dan ia terbuka kepada ibu bapa Brainy Bunch sedia ada dan yang baru memohon tempat pada 2022

“Pinjaman Pendidikan disediakan untuk ibu bapa yang bekerja di sektor awam. Bayaran yuran untuk anak anda belajar di Brainy Bunch dari tadika sehingga tamat IGCSE O-Level dengan diskaun hebat RM200,000.

“Bagi program BB Parents Ambassador Program pula menawarkan pinjaman RM10,000 hingga RM40,000 terbuka semua ibu bapa Brainy Bunch sedia ada dan yang baru memohon tempat untuk tahun 2022

“Pinjaman Pendidikan disediakan untuk ibu bapa yang bekerja di sektor awam. Bayaran yuran untuk anak anda belajar di Tadika Brainy Bunch dari umur 3 hingga 6 tahun.

“Anda akan ditawarkan peluang sebagai BB Ambassador untuk tempoh 10 tahun dan Brainy Bunch akan memberi anda elaun berjumlah RM100 hingga RM500 sebulan. 

“Bayaran itu cukup untuk menampung bayaran bulan pinjaman pendidikan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook Noriba semalam.

Menurut Syaraff,  tarikh akhir permohonan pinjaman pendidikan 30 November 2021 dan mereka yang berminat boleh memohon di https://bit.ly/EducationFinancingByNORIBA

“ Sebanyak 15,000 tempat disediakan di 103 kampus Brainy Bunch di seluruh negara dan 1,500 tempat di Brainy Bunch International Islamic Montessori, Cyberjaya.

“Rebut peluang ini, hadiahkan pendidikan terbaik untuk anak anda,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here