Ole dipecat sebagai pengurus Manchester United

0
109
Ole Gunnar Solskjaer

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas mencatat kekalahan teruk 4-1 kepada Watford, semalam.

Menurut kelab bola sepak itu dalam satu kenyataan, Michael Carrick akan dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim.

“Ole akan sentiasa dikenang sebagai legenda di Manchester United bagaimanapun kami terpaksa mengambil keputusan yang sukar seperti ini.

“Meskipun sejak beberapa minggu lalu, kelab mencatatkan keputusan yang mengecewakan ia tidak dapat menafikan apa yang telah dilakukan beliau sejak tiga tahun lalu dalam membina asas dalam pasukan untuk kejayaan pada masa hadapan,” katanya hari ini.

Kedudukan Solskjaer bersama Manchester United semakin panas selepas kalah dalam tiga daripada empat perlawanan terakhir.

Selain tewas kepada Watford, Manchester United turut tewas kepada pasukan seteru sebandar, Manchester City dan kekalahan besar terhadap Liverpool.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here