Omicron: Afrika sifatkan sekatan satu diskriminasi

0
29
Cyril Ramaphosa

JOHANNESBURG – Afrika Selatan mengecam negara-negara yang mengenakan sekatan perjalanan terhadap negaranya susulan penemuan varian baharu Covid-19, Omicron.

Presiden negara itu, Cyril Ramaphosa berkata, kerajaannya sangat kecewa dengan larangan yang dikenakan bahkan menyifatkan tindakan itu tidak akan berkesan untuk mengekang penularan varian tersebut.

Tindakan itu sebaliknya hanya satu bentuk diskriminasi ke atas Afrika Selatan dan negara-negara jirannya.

“Sekatan itu tidak akan berkesan untuk menghalang penularan varian itu.

“Ia hanya akan memusnahkan ekonomi negara-negara terlibat dalam sekatan ini sekaligus menjejaskan keupayaan mereka untuk bangkit semula daripada kesan pandemik,” katanya.

Negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Kesatuan Eropah merupakan antara negara yang mengenakan larangan perjalanan masuk dan keluar dari Afrika Selatan sebagai langkah pencegahan penularan varian Omicron.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan Omicron sebagai varian kebimbangan (VOC) dengan risiko jangkitan semula yang lebih tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here