Orang Besar Daerah Sepang lawat Malakat Mall Cyberjaya

0
116
Orang Besar Daerah Sepang, Prof. Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Alhaj meninjau barangan yang terdapat di Malakat Grocer yang terdapat di dalam Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA – Orang Besar Daerah Sepang, Prof. Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Alhaj hari ini meluangkan masa melawat ke pusat beli belah Malakat Mall di sini.

Lawatan itu yang bermula pukul 12 tengah hari diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Eco, Affandi Hamzah; Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Mohamad Ash Shahid Salleh dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria.

Dalam lawatan selama dua jam itu beliau turut dibawa menikmati hidangan istimewa di restoran halal fine dining, Cada de Madani dan butik pakaian yang terdapat di pusat beli belah itu.

Sementara itu, Noor Herdawaty berkata, lawatan itu merupakan lawatan peribadi beliau memandangkan Malakat Mall di Cyberjaya terletak dalam Sepang.

Orang Besar Daerah Sepang, Prof. Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Alhaj beraksi di hadapan Butik Anak Jantan yang terdapat di Malakat Mall

Malakat Mall Cyberjaya yang beroperasi sejak Mac tahun lalu merupakan pusat beli belah yang mengumpulkan pelbagai jenis produk milik usahawan Muslim di samping jenama terkenal lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here