Orang di kampung punca kekalahan PH – Mat Sabu

0
519
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama Pengerusi (PH) Melaka, Adly Zahari ketika sidang akhbar mengenai keputusan PRN Melaka di Hotel La Crista.

AYER KEROH – Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyifatkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berpunca daripada kurangnya akses masyarakat luar bandar kepada maklumat yang betul dan tepat.

Beliau berkata, ketiadaan akses itu menyebabkan orang ramai terlepas daripada mendapat kefahaman yang baik mengenai perjuangan PH.

Sedangkan katanya, faktor itulah yang menjadi kekuatan parti-parti di bawah pakatan itu meraih kepercayaan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PH akan meneliti sistem serta kaedah penerangan maklumat kepada penduduk di kawasan luar bandar pada masa akan datang.

“Kalau kita lihat pada keputusan hari ini kita dapati semua kawasan luar bandar mendahului jauh di hadapan.

“Kita menerima keputusan ini dan kita akan cari jalan bagaimana untuk memberikan akses maklumat yang betul dan tepat kepada mereka pada masa akan datang,” katanya pada sidang media PH di Hotel LaCrista di sini, hari ini.

Dalam PRN Melaka, PH menerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR)) menerima tamparan hebat pada PRN Melaka apabila tewas di semua kerusi yang ditandingi walaupun menerima kerusi terbanyak berbanding sekutu PH yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here