Pak Lah sihat, berita kematian adalah palsu – Reezal Merican

0
88
Gambar lama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama Tun Abdullah dan Tun Jeanne

CYBERJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan khabar angin bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia seperti tersebar di media sosial hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kepala Batas itu, Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah berada dalam keadaan sihat.

“Saya ada terbaca sebaran berita yang mengatakan Tun Abdullah Badawi telah meninggal dunia. Saya nafikan berita ini.

“Alhamdulillah, Ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne. Saya pun baru berbual di telefon dengan Tun Jeanne,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Reezal turut meminta semua pihak terus mendoakan Tun Abdullah dan Tun Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah SWT.

Terdahulu berita mengenai kematian Pak Lah meninggal dunia terbesar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here