Pas tidak mahu sekadar jadi penumpang, perlu menjadi ‘king maker’

0
111
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

TERENGGANU – Pas tidak mahu lagi sekadar menjadi penumpang dalam politik tanah air dan dikurung dalam permuafakatan yang tertutup.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas wajib berusaha untuk menjadi sebuah parti penentu dalam keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.

Abdul Hadi berkata, semua pemimpin parti tersebut perlu menjadi pemimpin bersama rakan gabungan bagi menyelamatkan negara.

“Pas wajib berusaha untuk menjadi sebuah parti penentu dalam keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak berasaskan kerusi yang dimenangi dan bukannya banyak kerusi bertanding tanpa dimenangi,” katanya dalam ucapan dasar di pembukaan Muktamar Pas kali ke-67 hari ini.

Dengan tema ‘Islam Menyatukan Ummah’, Muktamar Pas kali ini berlangsung di Kuala Terengganu dengan kehadiran hampir 700 orang daripada keseluruhan 1,546 perwakilan seluruh negara.

Abdul Hadi berkata, Pas perlu menjadi ‘king maker’ dan turut memimpin dalam kerajaan persekutuan.

“Muktamar kali ini adalah terpenting dan mungkin terakhir sebelum PRU15 bagi menegaskan hala tuju Pas menuju PRU15 dengan mengekalkan negeri yang dikuasai Pas dan mengekalkan kerajaan persekutuan,” katanya.

Di akhir ucapan, Abdul Hadi turut berpesan supaya Pas dan keseluruhan ahlinya terus berpegang kepada agenda Islam menyatukan ummah dengan beberapa takrifan.

Ia termasuk, persiapan calon berwibawa, gerak kerja jentera pilihan raya di peringkat akar umbi dan pemantapan organisasi.

Muktamar kali ini juga akan menyaksikan pemilihan jawatan Naib Presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, manakala jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here