Pekerja kontrak maut dihempap lori terbalik

0
88
Sebuah lori terbalik dan menghempap dua pekerja kontrak di Klang hari ini

KLANG – Seorang pekerja kontrak maut dihempap sebuah lori yang terbalik selepas cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan yang ingin memasuki simpang kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 29 tahun itu dalam perjalanan ke Klang dari Kuala Selangor.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan terbabas dipercayai bagi mengelakkan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti memasuki simpang kanan.

“Lori itu kemudiannya menimpa dua lelaki yang merupakan pekerja kontrak dipercayai sedang memasang banner yang berada di bahu jalan sebelah kiri.

Pasukan bomba melakukan kerja menyelamat mangsa yang cedera dan maut dalam kejadian itu

“Salah seorang daripadanya warga India berusia 36 tahun maut dilokasi kejadian manakala seorang lagi berusia 50 tahun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah hadir ke balai trafik Klang Utara untuk membuat laporan berkaitan kemalangan itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here