Pelancong terkejut roti canai RM4 di Langkawi

0
122
Gambar hiasan.

LANGKAWI – Selepas ikan siakap dan hidangan kailan ikan masin yang dijual pada harga tidak masuk akal, rakyat negara ini dikejutkan pula dengan harga roti canai yang dijual RM4 sekeping.

Pendedahan harga itu dimaklumkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (Cake) hasil aduan seorang pengguna yang membayar harga makanan itu di sebuah gerai di Langkawi, baru-baru ini.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, walaupun harga yang dikenakan tidak mencecah puluhan ringgit tetapi harga RM4 bagi sekeping roti kosong agak keterlaluan dan tidak masuk akal.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak terkejut dengan aduan itu kerana menurutnya isu caj makanan yang terlalu mahal telah lama berlaku di pulau peranginan itu cuma tidak begitu dilaporkan.

“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah untuk selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi.

“Justeru kita harap orang ramai terutamanya pengguna dapat sama-sama mendedahkan kerakusan peniaga yang mengenakan harga barangan secara keterlaluan sekiranya ada maklumat dan bukti,”katanya.

Mohamad Yusrizal Yusoff

Tambahnya, sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri itu

“Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here