Peluang penjawat awam rebut pendidikan percuma di Brainy Bunch

0
402
Kanak-kanak pra sekolah menghadiri sesi pembelajaran di Brainy Bunch, Cyberjaya. foto FARID JANUDIN, 1 JULAI 2020

CYBERJAYA – Golongan penjawat awam yang berminat menghantar anak-anak mengikuti pengajian di Brainy Bunch masih berpeluang merebut kemudahan pembiayaan pendidikan yang ditawarkan sehingga hujung bulan ini.

Program Ambassador Brainy Bunch yang dilancarkan pada bulan lalu menawarkan pendidikan secara percuma melalui kemudahan pinjaman yang ditawarkan khas untuk penjawat awam di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch ASEAN, Nori Zain berkata, pembiayaan kewangan itu membolehkan ibu bapa membayar kos pengajian anak-anak secara ‘lumpsum’ mengikut tempoh pengajian diperlukan.

Tawaran itu katanya disediakan untuk membantu ibu bapa mendapatkan pendidikan awal anak-anak di institusi montesorri Islam terbaik pada harga berpatutan.

“Brainy Bunch bekerjasama dengan CoShare Holdings Berhad untuk menyediakan kemudahan kewangan kepada ibu bapa di sektor awam.

“Kami menawarkan pinjaman bermula dari RM10,000 hingga RM40,000 bergantung kepada tempoh pengajian anak-anak.

“Misalnya untuk anak yang melalui pengajian selama tiga tahun, mereka boleh ambil pakej RM30,000 dengan CoShare. Menariknya, semua jumlah yang dipinjam akan dikembalikan semula,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Nori Zain

Nori berkata, program itu dinamakan program pendidikan percuma kerana semua pemohon atau peserta akan dibayar semula oleh Brainy Bunch.

“Apa yang dimaksudkan percuma adalah melalui program ini, komitmen bulanan ibu bapa untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman akan ‘diganti semula’ melalui bayaran elaun sebagai ambassador.

“Jumlah itu akan menyamai atau mencukupi jumlah ansuran yang perlu dibayar. Bila habis tempoh belajar, ibu bapa akan terima semula jumlah wang yang dipinjam, jadi ibu bapa tidak bayar apa-apa.

“Semua peserta program akan dilantik sebagai ambassador Brainy Bunch (Konsultan Pemasaran Digital) dengan tugas membuat perkongsian promosi Brainy Bunch di media sosial sebanyak 4 kali sebulan,” katanya.

Murid-murid di bilik kelas Brainy Bunch.

Nori berkata, tawaran yang dibuka untuk 500 peserta terawal itu akan dilanjutkan sehingga 30 November ini dan boleh dipohon oleh penjawat awam di seluruh negara.

“Bagi penjawat awam yang selama ini berhajat menghantar anak-anak ke tadika montessori Brainy Bunch, rebutlah peluang ini,” katanya.

Permohonan Program Ambassador Brainy Bunch ini boleh dibuat di pautan https://brainybunch.com/education-financing/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here