Penggunaan katil pesakit Covid-19 di Selangor catat peningkatan

0
16
Dr Sha’ari Ngadiman

CYBERJAYA – Jumlah penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 kategori 3,4 dan 5 di Selangor meningkat sehingga dua peratus dalam tempoh 2 minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, ini berdasarkan jumlah kes baharu harian di negeri itu antara 1,300 hingga 1,500 kes.

Beliau berkata, situasi penggunaan jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 peratus.

“Manakala, jumlah terkini katil ICU dan ‘repurposed’ ICU Selangor (termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19) adalah sebanyak 203 katil, dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 peratus.

“Jumlah pesakit ICU terkini yang merupakan kes Covid-19 (disahkan dan disyaki Covid-19) adalah sebanyak 86 kes atau 42 peratus daripada kapasiti ICU di negeri Selangor dan selebihnya merupakan kes bukan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, setakat ini hanya Hospital Sungai Buloh melaksanakan statusnya sebagai hospital Covid-19 sepenuhnya manakala hospital hibrid terdiri Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Ampang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here