Pengundi Melaka kena tolak PH

0
72
Kamaruzaman Mohamad

CYBERJAYA – Pengundi Melaka perlu menolak gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) kerana rekod lalunya yang membawa ideologi yang bertentangan dengan norma tempatan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam ceramahnya yang disiarkan di Facebook Pas, turut membuat kejutan dengan berkata, PH turut membawa ideologi komunis dalam perjuangannya.

“Statut Rom, ICERD, ideologi komunis…dosa besar (PH) yang tidak boleh dimaafkan.

“Kita begitu terkesan dengan keganasan komunis, tiba-tiba PH promosi ideologi komunis sebagai perjuangan negara. Ini jenayah besar,” kata Kamaruzaman dalam ceramah Perikatan Nasional (PN), malam tadi.

Pilihan raya negeri Melaka akan diadakan pada 20 Nov ini, dengan PAS bertanding atas tiket PN dan terbabit dalam saingan pelbagai penjuru dengan PH dan Barisan Nasional (BN).

PH menggabungkan PKR, Amanah dan DAP yang kerap disifatkan oleh pemimpin PAS sebagai parti pelampau, sungguhpun mereka pernah bekerjasama di bawah payung Pakatan Rakyat sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here