Pengurus besar agensi kerajaan ditahan SPRM Sabah

0
5

TAWAU – Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes menerima suapan bernilai RM8,000 semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan SPRM, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditahan pada pukul 9 pagi oleh anggota penyiasat SPRM.

Suspek dipercayai telah menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018, sedangkan kerja-kerja itu dilakukan oleh suspek sendiri.

Difahamkan, suspek dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut.

“Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Disember ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here