Penularan Covid-19 di SK Cyberjaya akibat aktiviti luar warga sekolah

0
70

CYBERJAYA – Sesi petang Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya ditutup bagi menghentikan penularan pandemik Covid-9 bermula Rabu lalu hingga Isnin depan berikutan kewujudan sembilan kes positif di sekolah tersebut.

Portal Utusan Online memaklumkan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Cyberjaya, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, sembilan kes dikesan itu melibatkan tujuh murid dan dua guru.

Kata beliau, penularan pandemik itu bukan terjadi di dalam kawasan sekolah tetapi berpunca daripada aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan oleh warga sekolah tersebut, namun pihak pentadbiran mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekolah untuk proses sanitasi di dalam kawasan pendidikan.

“Terdapat sebilangan besar guru sesi petang menjalani kuarantin kendiri dan meninggalkan 22 guru yang masih bertugas. Murid-murid juga diperintah menjalani isolasi itu di rumah dan tiada yang dimasukkan ke hospital. Isnin ini mereka akan menghadiri sekolah semula selepas tamat tempoh kurantin itu.

“Murid-murid itu tetap melakukan aktiviti pendidikan melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), jadi tiada isu peninggalan silibus terjadi disebabkan penutupan ini,” katanya kepada prtal Utusan Online.

Karim berkata, pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan berita tidak sahih mengenai kluster SK Cyberjaya perlu berhenti berbuat demikian kerana ia hanya menimbulkan perasaan bimbang dalam kalangan ibu bapa.

“Pihak PIBG meminta ibu bapa bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana berita yang tular adalah tidak betul. Pastikan mendapat informasi daripada laman web sekolah atau PIBG sahaja.

“Saya juga memohon ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika sedang menunggu keputusan ujian calitan kerana bimbang jika keputusan itu positif menyebabkan situasi ini berlaku sekali lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, terbaharu, seorang guru sekolah tersebut disahkan positif semalam menjadikan jumlah guru yang dijangkiti sebanyak tiga orang dengan jumlah 11 kes berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here