Penunjuk perasaan anti-vaksin berkumpul di Wellington

0
46
Kumpulan anti-vaksin yang berhimpun di Wellington, pagi tadi.

WELLINGTON – Pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Parlimen New Zealand apabila ribuan penunjuk perasaan anti-vaksin berkumpul di bandar itu, hari ini.

Portal The Guardian menyebut, setakat pagi tadi, dianggarkan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan sudah mula berhimpun.

Pihak berkuasa terpaksa meningkatkan kawalan berikutan ancaman kumpulan penunjuk perasaan itu akan bertindak agresif.

Dalam siri tunjuk perasaan terdahulu yang dianjurkan oleh kumpulan yang sama, terdapat laporan bahawa anggota polis dan para wartawan diserang.

Kumpulan itu turut melaungkan slogan anti-media.

Dalam satu insiden di sempadan daerah antara Wellington dan Auckland, seorang anggota polis dilaporkan tercedera selepas digigit.

Portal Stuff, iaitu salah satu agensi berita terbesar di negara itu, turut melaporkan bahawa petugasnya dikasari oleh para penunjuk perasaan yang melaungkan slogan anti-media rasmi.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Judith Collins berkata, pihaknya tidak akan bertemu dengan para penunjuk perasaan itu kerana “ia dianjurkan oleh golongan anti-vaksin, dan kami tidak mahu dikaitkan dengan (perjuangan) mereka.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here