Penyandang kerusi DUN Asahan meninggal dunia

0
218
Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan

CYBERJAYAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia pada pukul 1.04 minit tengah hari tadi.

Berita sedih itu turut dikongsi oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi.

“Mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan Takziah buat keluarga Almarhum Datuk Seri Haji Ghafar Atan, bekas ADUN Asahan merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah.

“Seorang pemimpin yang cukup dekat dan amat berjasa kepada masyarakat Asahan dan rakyat Alor Gajah hinggakan rata-rata pada peringkat awal sukar untuk menerima keputusan parti untuk tidak mencalonkan beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Moga Allah merahmati pejuang rakyat marhain sejati ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, difahamkan Allahyarham sebelum ini telah ditidurkan berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun akibat dijangkiti Covid-19.

Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sejak beberapa hari yang lalu.

Allahyarham sebelum ini merupakan ADUN selama empat penggal bagi dua DUN berbeza iaitu Gadek dan Asahan.

Dalam tempoh tersebut beliau pernah memegang jawatan sebagai exco kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Asahan dimenangi beliau dengan majoriti 275 undian menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Zamzuri Arifin dan calon Pas, Azlan Maddin

Bagaimanapun dalam PRN Melaka kali ini nama Allahyarham tidak dicalonkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here