Perancis: Pelajar sekolah rendah di 61 daerah wajib pakai pelitup muka

0
31
GAMBAR HIASAN

PARIS – Kerajaan Perancis kembali mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah rendah di 39 daerah berikutan pertambahan kes Covid-19 yang sudah melepasi tahap amaran.

Laporan agensi Anadolu menyebut, arahan itu diumumkan oleh jurucakap kerajaan, Gabriel Attal semalam.

Attal berkata, di 39 daerah itu, terdapat pertambahan 50 kes baharu bagi 100,000 penduduk dalam masa 5 hari berturut-turut, dan kadar pertambahan ini melepasi tahap amaran yang ditetapkan kerajaan.

Pada bulan lepas, sebanyak 22 daerah telah dikenakan arahan yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan daerah kini kepada 61, meliputi separuh negara Perancis.

Kata Attal lagi, arahan itu akan ditarik semula sekiranya angka kes baharu kembali menurun.

Angka terbaharu menunjukkan, sebanyak 10,050 kes baharu Covid-19 dikesan semalam.

Turut dilaporkan, sebanyak 6,764 pesakit pandemik itu sedang dirawat di hospital, dengan 39 kematian turut dicatat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here