Peratusan tiada vaksin turun kepada 21.3 peratus

0
13
Petugas menunjukkan kuantiti cecair vaksin COVID-19 kepada penerima vaksin sebelum menyuntik sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Peratusan penduduk negara ini yang tidak menerima vaksin menurun dengan 21.3 peratus berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.7 peratus atau 5,067 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 76.7 peratus atau 8,428 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 25,049,738 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 125,257 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 1,823,474 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 138,752 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 52,391,444 dos.

Berkaitan kes harian Covid-19 pula, kes aktif terus menunjukkan penambahan kes dengan sebanyak 636 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 69,261 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 55,705 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 7,584 kes di PKRC.

Sementara, terdapat 5,466 kes di hospital, 236 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 270 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan pertambahan kes dengan 5,082 menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,503,427 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here