Pertembungan 3 penjuru di N02-Tanjung Bidara

0
42
Tiga calon yang akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara

MASJID TANAH – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara bakal menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ia melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin serta calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.

Perkara itu diumumkan Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.02 Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman sebentar tadi.

“Calon PH, Zainal Hassan menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi diikuti calon PN, Mas Ermieyati pukul  9.12 pagi serta calon BN, Ab Rauf pukul 9.15 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN terbabit di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini.

Terdahulu, Zainal menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon kira kira pukul 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadangnya.

Selepas itu disusuli Ab Rauf yang tiba kira kira jam 8.40 pagi diiringi bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Sembilan minit kemudian, calon PN , Mas Ermieyati pula tiba di pusat penamaan calon bersama penyokong dan pencadangnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here