Pertubuhan skuasy Israel berang Malaysia enggan keluarkan visa buat pemainnya

0
81
Persatuan Squash Malaysia

CYBERJAYA – Tindakan tegas Malaysia enggan mengeluarkan visa bagi pemain skuasy Israel menyertai sebuah kejohanan di negara ini dikecam pertubuhan sukan negara itu, hari ini.

Portal ynet melaporkan, Persatuan Skuasy Israel yang berang dengan tindakan itu, mengancam akan membawa isu tersebut ke mahkamah timbang tara sukan jika pemainnya diharamkan menyertai kejohanan itu.

Presidennya, Aviv Bushinsky menyifatkan keputusan Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, sebagai satu diskriminasi.

“Menjadi tanggungjawab kami melawan sebarang cubaan untuk mencampuradukkan sukan dengan politik,” katanya.

Tambah Bushinsky, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan sukan perlu membuka pintu kepada peserta tanpa diskriminasi berdasarkan kaum atau politik.

Pada 27 Sept lalu, Pertubuhan Skuasy Dunia (WSF) telah dimaklumkan oleh Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) bahawa atlet Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur bermula 7 Dis depan.

Bagaimanapun, WSF dalam satu kenyataan kepada AFP berkata, pihaknya telah berhubung dengan badan skuasy Malaysia dan berharap “satu penyelesaian yang adil dan praktikal dapat dicapai”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here