Pesawat kargo An-12 jatuh terhempas, 7 terkorban

0
725
Situasi di lokasi kejadian di mana pesawat kargo An-12 jatuh terhempas di Siberia.

MOSCOW – Sebuah pesawat kargo jenis An-12 dilaporkan terhempas di wilayah Irkutsk, Siberia Timur, hari ini.

Laporan agensi TASS menyebut, ketika kejadian, pesawat itu membawa 7 anak kapal.

“Kesemua anak kapal pesawat malang itu dianggap terbunuh dalam kejadian,” kata satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Rusia.

Terdahulu, laporan media tempatan menyebut, sebuah pesawat An-12 dilaporkan hilang daripada radar di sekitar kawasan petempatan Pivovarikha ketika sedang cuba melakukan pendaratan.

Buat masa ini, pihak penyelamat sedang melakukan pencarian di lokasi nahas namun peluang untuk menemui sebarang mangsa hidup adalah tipis kerana pesawat itu dilaporkan meletup lalu terbakar setelah terhempas.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here