PH bertanding semua kerusi DUN Sarawak

0
28

CYBERJAYA – Gabungan Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pilihan raya negeri (PRN) ke-12.

Laporan portal FMT menyebut, perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen yang menambah, pemilihan calon akan ditentukan oleh parti komponen dan bakal diumumkan kemudian.

“Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.

Pada pilihan raya negeri 2016, PH menang 10 kerusi, iaitu lapan DAP dan dua PKR. Namun, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Baru Bian (Ba’kelalan) dan Ali Biju (Krian) keluar parti dan masing-masing menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Bersatu.

Manakala itu DAP kehilangan dua kerusi apabila seorang ADUNnya, iaitu Ting Tiong Choon (Pujut) hilang kelayakan selepas memiliki dua kerakyatan manakala ADUN Padungan Wong King Wei keluar parti Julai tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here