PH calonkan Idris di DUN Asahan, Nor Azman pertahan DUN Pantai Kundur

0
62
Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan

KUALA LUMPUR- Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan kepada Kerajaan Melaka akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan di DUN Pantai Kundur.

Anwar sewaktu memperkenalkan nama calon hari ini berkata, Idris kini menjadi ahli PKR manakala, Nor Azman yang akan mempertahankan DUN Pantai Kundur pula adalah ahli Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Seperti sebelum ini telah dimaklumkan agihan kerusi didalam PH adalah lapan DAP, sembilan Amanah dan 11 PKR. Kerusi di Asahan yang bakal ditandingi Idris sememangnya kerusi PKR dan DUN Pantai Kundor pula adalah kerusi Amanah.

“Sememangnya ada persefahaman antara semua pihak dan meskipun mereka bakal bertanding dibawah tiket PH, kedua-dua mereka ini telah menyertai parti – parti komponen di dalam PH ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, Idris dan Nor Azman antara empat ADUN yang menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan DUN terpaksa dibubarkan sehingga PRN terpaksa diadakan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata keputusan menerima dua bekas ADUN itu dibuat dengan teliti bersama semua rakan komponen.

“Perkara ini kami telah teliti secara mendalam tentang kesediaan kita menerima rakan (Idris dan Nor Azman), yang mana bukan sahaja boleh bersama mengharungi cabaran sebliknya meletakkan asas pentadbiran kerajaan yang kukuh di Melaka selepas pilihan raya ini.

“Saya hendak tekankan bahawa kita tidak pernah mengambil sikap memusuhi semua tiga juta ahli UMNO mahupun ahli Pas, yang kita mahu tentang adalah pemimpin yang rakus dan penerimaan ini memberi ruang kepada kestabilan politik yang berwibawa,” tambahnya.

Pada sidang media yang turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu itu, Anwar mengumumkan sembilan lapan calon Amanah dan 11 calon PKR .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here