Pilih biru BN, jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak- Ahmad Zahid

0
95
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

CYBERJAYA- Pilih biru Barisan Nasional (BN) yang ‘original’, jangan salah pilih biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan.

Itu pesanan dan peringakatan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pengundi Pilihan Raya Melaka pada 20 November ini.

Ahmad Zahid berkata, pengundi juga perlu berhati-hati supaya tidak tersilap memilih ‘harapan palsu’ yang dipercayai merujuk kepada Pakatan Harapan.

“Pengundi perlu bersandarkan pada parti yang sudah berjaya membuktikan kemampuan, khususnya di negeri itu.

“Rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 November 2021.

“Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti. Jangan terpedaya biru tiruan (Perikatan Nasional) cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan. 

“Memilih warna biru parti politik mestilah atas manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah telah terbukti,” katanya menerusi laman Facebook semalam.

Ahmad Zahid berkata, BN yang menampilkan 20 calon UMNO, tujuh MCA dan satu MIC dalam PRN Melaka, berhasrat mengembalikan perpaduan yang ‘pernah dirampas daripada rakyat Malaysia’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden UMNO itu juga berkata, BN juga mahu mengembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang disifatkan terus merudum sejak 9 Mei 2018.

“Maka, PRN Melaka adalah sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here