PM bertemu keluarga Allahyarham Mohd Diya di Melaka

0
84
Datuk Seri Ismail Sabri bertanya khabar anak-anak Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh di Melaka hari ini.

MELAKA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berpeluang untuk bertemu keluarga Allahyarham PBK II Mohd Diya Che Jusoh di Melaka sebentar tadi.

Semasa pertemuan tersebut, Ismail Sabri berkata, beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak Allahyarham untuk teruskan cita-cita dan impian.

“Masih ingat kejadian anggota bomba yang meninggal dunia membantu mangsa banjir di Sg. Putat, Batu Berendam, Melaka baru baru ini.
“Saya berpeluang bertemu keluarga Allahyarham PBK II Mohd Diya bin Che Jusoh di Melaka sebentar tadi.

“Anak-anak masih diusia kecil, sayu melihat mereka, saya berikan kata-kata semangat untuk teruskan cita-cita dan impian,” kata Ismail Sabri dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri turut berharap semua rakyat Malaysia sebagai sebuah Keluarga Malaysia dapat memberi kekuatan bagi keluarga Arwah dalam menempuh dugaan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here