PM turun ke Melaka, DUN Telok Mas jadi destinasi pertama

0
43
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan keadaan semasa di DUN Telok Mas kepada calon BN, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pagi tadi

MELAKA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas merupakan destinasi pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun padang dalam kunjungannya hari ini.

Kehadiran Ismail Sabri bagi membantu memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Seperti pemimpin parti politik lain yang bertanding, Ismail Sabri juga tidak melepaskan peluang untuk bersarapan sambil beramah mesra dengan rakyat tempatan di Gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Kampung Lai, di sini, pagi ini.

Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam mengunjungi gerai-gerai makanan sambil bertanya khabar penduduk setempat dan peniaga.

Memandangkan Suruhan Pilihan Raya (SPR) mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, Ismail Sabri juga dilihat tidak melakukan kempen secara fizikal seperti mana pilihan raya terdahulu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sempat melayani permintaan rakyat untuk berswafoto bersama pemimpin negara itu.

Dalam kunjungan itu, Ismail Sabri ditemani calon BN kerusi N23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here