Polis Melaka beri amaran pantau kandungan media sosial

0
14
Datuk Abdul Majid Mohd Ali

MELAKA – Platform media sosial yang menyiarkan kandungan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dipantau secara 24 jam oleh pihak polis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pemantauan itu bertujuan untuk memastikan semua pihak termasuk pihak parti, media dan individu perseorangan tidak menyebar kandungan yang dapat mengganggu gugat keamanan umum.

Abdul Majid juga menasihatkan wakil parti dan calon supaya berhati-hati menggunakan media sosial ketika berkempen bagi menyuburkan proses demokrasi.

“Pasukan ini membabitkan tiga kumpulan secara bergilir memantau hantaran untuk kita pastikan mereka menggunakannya dengan cara sihat dan bukan untuk menghina, mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menghina mana-mana pihak.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk suburkan demokrasi dan bukannya menghasut antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Majid berkata, apabila sesuatu kesalahan dikesan polis akan membuat laporan supaya siasatan adil dapat dijalankan seterusnya menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menasihatkan parti dan calon supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini memastikan proses pilihan raya secara norma baharu di negeri ini yang terbaik untuk digunakan pada pilihan raya akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here