Polis Perak lupus dadah bernilai RM58 juta

0
8
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mazlan Santarai menunjukkan dadah yang akan dilupuskan

IPOH – Pelbagai jenis dadah bernilai RM58 juta dilupuskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Perak membabitkan 4,991 kertas siasatan sejak 33 tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mazlan Santarai berkata, ia melibatkan 10 jenis dadah seberat 1,561.4 kilogram, daun ketum 2,773.7 kilogram dan 1.7 juta liter cecair ketum serta ubat batuk.

Mazlan berkata, kerja-kerja pelupusan itu akan dijalankan sebuah syarikat di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

“Kesemua eksibit ini adalah hasil daripada serbuan dan rampasan yang dilakukan, serta telah pun selesai kes perbicaraan mahkamah.

“Jumlah keseluruhan bagi pelupusan yang dilakukan ini dianggarkan bernilai RM58,084,974.55, membabitkan sebanyak 4,991 kertas siasatan sejak tahun 1988, bagi kes yang telah selesai perbicaraan.

“Sebanyak 15 buah daerah terlibat dengan pelupusan pada tahun ini iaitu Ipoh, Taiping, Manjung, Hilir Perak, Tapah, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Sungai Siput, Muallim, Kampar, Gerik, Kerian, Pengkalan Hulu, Selama dan Perak Tengah,” katanya dalam sidang media di Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Antara dadah yang dilupuskan adalah ganja seberat 699kg, heroin (413kg), syabu (34kg), ketamin (1.2kg), estacy (21.86 gram) dan 57 gram eramin 5.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here