Polis tahan dua marshal buat onar di PD

0
159
Marshal bertindak memberhentikan kenderaan di lam;u isyarat Sua Betong baru-baru ini

PORT DICKSON – Polis menahan dua lelaki yang bertindak sebagai marshal di lampu isyarat Sua Betong di sini baru-baru ini.

Lelaki berkenaan dalam satu klip video bertindak memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat tersebut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berumur 26 dan 27 tahun itu ditahan antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2.45 pagi di kawasan Springhill dan Lukut di sini.

“Kedua-dua suspek masih bujang dan bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

“Turut dirampas adalah dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian serta kasut yang digunakan semasa rakaman dibuat,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, kesemua suspek ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Usaha mengesan 4 individu yang bertindak sebagai marshal masih lagi dijalankan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here