Polis tahan ibu saudara kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 16

0
71
Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium semalam

KUALA LUMPUR – Ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang di sini, semalam ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Zainal Mohamed Mohamed berkata, wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainal Mohamed berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here