Polis tahan remaja tikam abang kandung

0
86

CYBERJAYA – Polis Petaling Jaya menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun setelah disyaki menikam abang kandungnya dalam pergaduhan di bawah blok sebuah pangsapuri di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, dalam kejadian kira-kira pada pukul 12.08 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun dan rakannya, 19 tahun, masing-masing cedera pada bahagian dada, perut dan belakang badan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa berang selepas mengetahui remaja tersebut menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakaknya.

“Rakan mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan itu turut cedera akibat terkena pisau lipat berukuran empat inci yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” kata Mohd. Fakhrudin dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau kemudiannya menambah, suspek yang tidak bersekolah itu ditahan sejurus selepas kejadian dan pemeriksaan polis turut kendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here