Presiden Pas dikurniakan gelaran Tan Sri

0
907
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipakaikan darjah kebesaran oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dikurniakan darjah kebesaran persekutuan Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada istiadat itu, seramai 44 daripada 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 hari ini sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang disambut 7 Jun lalu, namun tiada istidat sambutan diadakan berikutan penularan Covid-19.

Turut menerima darjah kebesaran yang menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki (SPRM); bekas Pengerusi CIMB, Tan Sri Nazir Tun Abdul Razak dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azizan Harun.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya mengingatkan rakyat bahawa kelonggaran daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dinikmati kini boleh hilang sekali lagi jika mereka berterusan lalai.

Seri Paduka bertitah semua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai ujian sebelum ini selain terus memainkan peranan sehingga negara bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

Al Sultan Abdullah dalam pada itu turut menasihati rakyat agar terus bersabar, menjaga kesihatan diri dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.

“Beta percaya, setiap badai yang melanda akan berhenti jua, yang gelap pasti akan menjadi terang dan yang kelam akan kembali bercahaya,” titah Al-Sultan Abdullah memetik laporan Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here